Bapa maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta

Bapa maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta

Seorang bapa maut manakala anak lelakinya berusia empat tahun cedera selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Chenderiang, Tapah, hari ini.

Kemalangan jam 4 petang menyebabkan Annuar Zakariah, 48, parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Anaknya yang juga pembonceng patah tulang kaki kanan dan kini masih dirawat di Hospital Tapah.



Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan mendapati dua beranak terbabit menaiki motosikal jenis Modenas Kriss manakala kereta jenis Perodua Axia dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun.

Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya Kampung Batu Masjid, Temoh, Perak.

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, memasuki lorong bertentangan dan merempuh motosikal terbabit.

“Penunggang cedera parah dan mayatnya dibawa ke unit forensik hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya menurut laporan Sinar Harian.



Menurutnya, bedah siasat dijalankan esok selepas menerima keputusan ujian Covid-19 bagi mengetahui punca kematian.

“Pemandu kereta terbabit tidak cedera dan ditahan untuk siasatan untuk menjalani ujian saringan air kencing dan lain-lain,” katanya sambil menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Bapa maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker