Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja

Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja

KUALA TERENGGANU: Hanya dua hari Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, sempat bergelar isteri, mungkin menjadikannya seolah-olah belum dapat menerima hakikat suami tercinta sudah meninggal dunia dalam nahas di Kampung Surau Panjang, di sini, kelmarin.

Ibu mentuanya, Zaiton Yusof, 57, yang mengakui keadaan berkenaan, memaklumkan menantunya itu masih menunggu suami, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, pulang membawa makanan yang dipesan, teh ais bersama apam balik walaupun sudah dimaklumkan mengenai nahas yang menimpa.

“Erin ada memesan teh ais dan apam balik sebelum anak saya keluar menghantar ikan air tawar diternak ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira jam 12 tengah hari semalam. Dia pun tahu suaminya meninggal, tetapi masih menunggu Muhammad Mustaqim pulang membawa makanan yang dipesan,” katanya.

Zaiton Yusof, 57, (kanan) bersama anaknya, Norliza Mustafa, 32, melihat sebahagian daripada hantaran daripada keluarga Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20. – NSTP/BAHAROM BAKAR.
Zaiton Yusof, 57, (kanan) bersama anaknya, Norliza Mustafa, 32, melihat sebahagian daripada hantaran daripada keluarga Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20. – NSTP/BAHAROM BAKAR.

Ditemui di kediamannya di Kampung Beladau Kepong, di sini hari ini, Zaiton berkata, Muhammad Mustaqim yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik dan Sharifah Erin Nurshafieka melangsungkan akad nikah di masjid kampung berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari Khamis lalu.

Muhammad Mustaqim meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira-kira jam 1.10 petang semalam.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man, berkata mangsa menunggang skuter Yamaha Ego bertembung dengan sebuah lori lalu tercampak ke bahu kanan jalan dan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada kepala serta muka, manakala pemandu lori berusia 31 tahun tidak cedera.

Jenazah Muhammad Mustaqim dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengulas lanjut, Zaiton berkata, menantunya sempat menatap wajah suaminya itu buat kali terakhir sebelum urusan pengebumian disempurnakan petang semalam, malah turut bersama ahli keluarga lain menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.

“Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin dalam keadaaan gelisah dan masih menunggu suaminya pulang, dia tunggu sehingga lewat malam,” katanya sambil menambah menantunya itu sudah pulang ke rumah keluarga sendiri, tetapi berulang kali berpesan supaya menghubunginya apabila Muhammad Mustaqim kembali ke rumah.

“Sebelum pulang ke rumah keluarganya pagi tadi, Erin juga beberapa kali berpesan supaya Muhammad Mustaqim datang mengambilnya nanti,” katanya.

Kata Zaiton lagi, malam sebelum hari kejadian, arwah beberapa kali bertanya kepadanya dan suami sama ada mahu memesan apa-apa makanan dan kemudian bersalam serta mencium tangannya sebelum keluar ke kedai makan.

Menurutnya, arwah anaknya tidak sempat menyiapkan rumah sendiri walaupun bahan binaan sudah dibeli dan sebelum ini bercadang berpindah ke kediaman baharu itu selepas selesai majlis sambut menantu yang dijadual awal bulan depan. BH

Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker