Polis buru kumpulan penjenayah aktif curi rantai emas pengunjung kuil

Polis buru kumpulan penjenayah aktif curi rantai emas pengunjung kuil

Polis buru kumpulan penjenayah aktif curi rantai emas pengunjung kuil
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman. – Foto NSTP

RAUB: Tujuh wanita kehilangan rantai emas ketika lebih 5,000 penganut Hindu sedang melakukan upacara keagamaan di sebuah kuil di Jalan, Lipis, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku ketika mereka menghadiri upacara sembahyang sempena ulang tahun Kuil Siva Subramaniam, pagi semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan kes kecurian itu dipercayai dilakukan sekumpulan penjenayah.

Katanya, kumpulan terbabit akan mengenal pasti mangsa mereka yang memakai barang kemas.

“Mereka kemudian mendekati mangsa untuk mewujudkan suasana bersesak-sesak di dalam kuil.

“Ketika itu suspek akan menggunakan alat pemotong untuk mencuri rantai emas mangsa, ” katanya menerusi kenyataan media.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘RUU Kebebasan Maklumat Meningkatkan Akses Rakyat ’


Mohd Shahril berkata, polis sudah menjalankan siasatan di lokasi kejadian termasuk mengambil keterangan saksi dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa dan saksi, modus operandi kejadian itu hampir sama dengan kes kecurian rantai emas beberapa pengunjung sebuah kuil di Perak tahun lalu dan Selangor bulan lalu.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan sesak dan memantau barang berharga mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda.

Polis buru kumpulan penjenayah aktif curi rantai emas pengunjung kuil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lupa Janji!’, Armand Azha Ingatkan Nga Kor Ming

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker