Empat wanita antara 10 ditahan dalam operasi bersepadu Imigresen di Kuala Terengganu, Marang
Empat wanita antara 10 ditahan dalam operasi bersepadu Imigresen di Kuala Terengganu, Marang

MARANG: Jabatan Imigresen menahan empat warga asing termasuk empat wanita dari Myanmar yang tinggal berjiran dalam beroperasi bersepadu di Kampung Kijang, Marang, di sini, hari ini.
Pengarah Imigresen Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor berkata wanita berusia antara 28 dan 31 tahun itu adalah antara 10 warga asing yang ditahan dalam operasi di daerah Kuala Terengganu dan Marang.
Katanya, semua warga asing yang ditahan itu dihantar ke depot tahanan Imigresen Ajil untuk tindakan atas pelbagai kesalahan.
“Tumpuan operasi bersepadu yang turut disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Majlis Daerah Marang (MDM) adalah di premis perniagaan,” katanya.
Terdahulu, Mohd Yusri dan Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan/Penguatkuasaan) negeri, Mat Amin Hasan mengetuai operasi bersepadu berkenaan yang bermula kira-kira jam 10 pagi.
Mohd Yusri berkata, tiga warga tempatan turut diberi notis atas kesalahan menggaji dan melindungi warga asing.
Katanya, seramai 976 warga asing ditahan dan dikenakan tindakan dalam operasi yang dilaksanakan sepanjang tempoh enam bulan tahun ini.
Empat wanita antara 10 ditahan dalam operasi bersepadu Imigresen di Kuala Terengganu, Marang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.