Polis tahan ejen penarik kereta, rampas 6,000 biji pil yaba
Polis tahan ejen penarik kereta, rampas 6,000 biji pil yaba

TUMPAT: Polis menahan seorang ejen penarik kereta dan merampas 6,000 biji pil yaba di tepi Jalan Kubang Batang, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam.
Suspek lelaki berusia 35 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat jam 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairie Shafie, berkata lelaki terbabit ditahan ketika berada dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia.
“Hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit menemui satu bungkusan mengandungi 30 paket plastik berisi 6,000 biji pil disyaki dadah jenis pil yaba dengan anggaran nilai RM60,000.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tumpat komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.
Polis tahan ejen penarik kereta, rampas 6,000 biji pil yaba
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.