4 ditahan bantu siasatan kes buli, ugut pelajar perempuan di Membakut
4 ditahan bantu siasatan kes buli, ugut pelajar perempuan di Membakut

BEAUFORT: Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes buli dan ugutan jenayah membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Membakut di sini baru-baru ini.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dalam kenyataan hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa, yang mendakwa menjadi sasaran perbuatan meminta wang secara berulang kali serta ugutan daripada sekumpulan individu.
“Bertindak atas maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Beaufort melancarkan tindakan pantas menerusi operasi risikan sebelum berjaya memberkas kesemua suspek di sekitar daerah ini,” menurut kenyataan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan atau buli yang mencetuskan ketakutan serta tekanan, selain Seksyen 506 kanun sama bagi kesalahan ugutan jenayah.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai, khususnya pihak sekolah dan ibu bapa, agar sentiasa peka dengan keselamatan pelajar serta segera melaporkan sebarang salah laku buli atau pemerasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
“Masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi dalam media sosial bagi mengelakkan gangguan terhadap proses perundangan dan siasatan yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu.
4 ditahan bantu siasatan kes buli, ugut pelajar perempuan di Membakut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.