PRN Johor: Warisan umum bakal bertanding
PONTIAN – Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka akan membuat keputusan untuk turut bertanding sama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Naib Presidennya, Datuk Junz Wong berkata, pihaknya telah siap melakukan kajian lapangan khususnya di peringkat akar umbi dan laporan tersebut akan diserahkan kepada presiden, hari ini.
Jelasnya, perbincangan seterusnya akan dibuat dan kepimpinan parti akan memutuskan sama ada bertanding atau tidak dalam tempoh beberapa hari.
“Kita sudah buat ‘assessment’ dan laporan akhir akan disiapkan menjelang esok (hari ini). Presiden parti kemudiannya akan membuat pengumuman berhubung perkara tersebut.
“Selain itu, Warisan juga akan mengadakan satu majlis pelancaran parti di Johor pada 15 Februari ini dimana akan ada pengumuman besar dibuat, jadi kita tunggu,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pengumuman keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beramai-ramai di Pekan Nanas, di sini malam semalam.
Dalam program itu, seramai lima ketua cawangan, ahli jawatankuasa dan lebih 300 ahli Bersatu Bahagian Tanjung Piai bertindak keluar parti serta merta dan menyertai Warisan.
Sementara itu, Junz Wong turut memberitahu, pihaknya memaklumkan tiada sebarang perbincangan dilakukan membabitkan kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya Warisan terlibat dalam PRN Johor.
“Buat waktu ini memang tiada kerana kita pun belum umumkan akan bertanding dalam PRN Johor atau tidak, tapi kita sedia untuk bekerjasama. Kita sedia berunding.
“Saya tidak nafikan kita juga sedang giat meningkatkan jumlah ahli di semua negeri, khususnya di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor.
“Sasaran utama kita adalah untuk menjadi kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kita tidak mahu lagi menjadi pembangkang,” jelasnya.
Setakat tahun lalu, Warisan sudah memiliki 85 cawangan di seluruh semenanjung dengan lebih 20,000 keahlian berdaftar. -K! ONLINE
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali