Pemain Bolasepak Turki Mirip Wajah Aliff Syukri Dihujani Komen Netizen, Ini Respon Tuan Badan [VIDEO]

Pemain Bolasepak Turki Mirip Wajah Aliff Syukri Dihujani Komen Netizen, Ini Respon Tuan Badan [VIDEO]

Pernah tak anda terjumpa atau melihat sendiri orang yang wajahnya mirip dengan anda?

Perkara itu pasti membuatkan anda teruja bukan? Iyalah, dalam ramai-ramai orang tak sangka pula boleh terjumpa wajah yang seiras dengan kita.

Situasi itu sama seperti salah seorang pemain bola sepak dari negara Turki yang gambar wajahnya tular di media sosial kerana mirip dengan pengasas produk kosmetik D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.

 

Salih Ucan yang bermain di posisi tengah dan baru sahaja berpindah ke kelab Istanbul Basaksehir secara pinjaman dari Besiktas.

“Congratulation Datuk Aliff Syukri. Sekarang dah jadi pemain bola sepak dah… serba serbi boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, main bola pon boleh. Ni la semangat Malaysia Boleh!” tulis seorang pengguna Twitter.

Tidak hanya viral di media sosial semata-mata, kekecohan itu turut disedari oleh tuan empunya badan dan memberi respon menerusi akaun TikTok miliknya.

Pengikut Aliff menerusi ruangan soal jawab menulis: “Datuk, komen pasal pemain bola sepak yang sama muka macam Datuk,” tulis individu berkenaan.

Aliff secara spontan kemudian menjawab: “Ha? Korang nak suruh aku komen? Ada ke sama muka aku ni? Tang mana sama tu?
“Nak katakan orang Turki aku ni orang Jawa orang Bajak. Nak kata pandai main bola sepak tak jugak. Cuba korang komen kat bawah tang mana sama tu?
“Tapi nampak macam handsome jugak eh aku kalau macam tu, ala-ala orang Turki” ungkapnya dalam nada berseloroh.

“Silaplah bagi Malaysia nampak, memang tak rileks dah. Hilang komen-komen orang Turki” – Netizen
Wajah Salih ini dikatakan terlalu mirip dengan Aliff Syukri, sehingga ramai netizen dari Malaysia meninggalkan komen di posting Facebook kelab Istanbul Basaksehir dan pemain tersebut.

VIDEO DIBAWAH:-

Ada juga yang berseloroh mengatakan Aliff Syukri sudah bertukar kerjaya dan kini merupakan seorang pemain bola sepak profesional dengan tagline ‘Terlajak Gol’.

Sebagai rekod, sebelum ini wajah selebriti berkenaan turut disamakan oleh netizen dengan penjaga gol terbaharu Selangor, Sam Somerville sehingga menjadi heboh di media sosial mengenai perkara tersebut atas kuasa viral yang sama.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di media sosial:

Pemain Bolasepak Turki Mirip Wajah Aliff Syukri Dihujani Komen Netizen, Ini Respon Tuan Badan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker