Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji, Kerajaan tidak campur tangan

IPOH: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan mencampuri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu berbangkit membabitkan Tabung Haji (TH) yang mengadakan mesyuarat pertamanya Rabu lepas.

Menterinya, Idris Ahmad berkata, pihaknya memberi kepercayaan penuh kepada pasukan yang ditubuhkan bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) itu bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Tabung Haji.

“Kita tidak masuk campur, sebaliknya kita hanya beri senarai nama (anggota RCI) kepada Yang di-Pertuan Agong dan baginda telah memberi tauliah, maka kita beri kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja dalam RCI,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Penyampaian Sumbangan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada mangsa ribut dan puting beliung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Tawas di sini hari ini.

Pada 14 Julai lepas, kerajaan bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu-isu berkaitan Tabung Haji.

Mengenai program hari ini, Idris berkata, beberapa keluarga mangsa ribut dan puting beliung di Ipoh Ahad lepas menerima bantuan wang tunai RM300 dan bekalan barang keperluan bernilai RM100 bagi setiap keluarga.

“Setiap kali bencana, agensi-agensi agama akan turun dengan segera untuk membantu mereka yang terkesan walaupun bukan beragama Islam, kerana bencana tidak mengira agama dan bangsa, lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat majmuk,” katanya.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker