Sajat Nak Lelong Banglo RM9.5 juta

Sajat Nak Lelong Banglo RM9.5 juta

Usahawan kosmetik Sajjad Kamaruzzaman yang kini menetap di Australia memaklumkan bahawa dia berhasrat untuk melelong banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara pada harga RM 9.5 juta.

Perkara tersebut dimaklumkan Sajat menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia berkongsi mengenai maklumat lelongan banglo tersebut dan mengalukan mana-mana individu yang berminat untuk membeli kediamannya itu.



Kata Sajat, harga jualan banglo bernilai RM9.5 juta itu boleh dikurangkan berdasarkan budi bicara pihak mereka.

Selain itu, pembeli juga ditawarkan dengan pendaftaran percuma dan juga syarat serta terma boleh dirunding agar aset itu segera terjual.

Walau bagaimanapun, tarikh lelongan tersebut belum diumumkan secara rasmi.

Terdahulu, Sajat telah membeli banglo yang asalnya dimiliki oleh Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5 juta.



Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah mengarahkan harta Sajat disita bagi urusan tuntutan pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar usahawan itu kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources. Bn

Sajat Nak Lelong Banglo RM9.5 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?



Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker