8 Iklan Tahun Baharu Cina Yang Perlu Anda Tonton, Tampil Keindahan Perayaan Di Malaysia [VIDEO]

8 Iklan Tahun Baharu Cina Yang Perlu Anda Tonton, Tampil Keindahan Perayaan Di Malaysia [VIDEO]

MALAYSIA negara berbilang bangsa dan kerana itu juga, banyak perayaan diraikan di bumi bertuah ini, bukan untuk satu bangsa sahaja tetapi untuk semua.

Kemajmukan itu sudah terbina sekian lama, kesatuan itu mengeratkan rakyat Malaysia dan keindahannya terserlah terutama ketika sambutan perayaan.

Baju berwarna-warni, acara istimewa sana-sini, ucapan dan doa tidak henti-henti, menghiasi hari mereka yang meraikannya sepanjang hari.



Di sebalik semua itu, hakikatnya ada satu elemen yang sering juga dinanti-nanti.

Kadangkala hasilnya mencuit hati namun ada kalanya mengusik jiwa apatah lagi diselitkan sentuhan kekeluargaan – berlinang juga air mata dibuatnya!

Ya, itulah iklan atau video istimewa setiap kali perayaan di Malaysia dan kali ini, sudah pasti iklan Tahun Baharu Cina pula menjadi tumpuan.

Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.



Tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya, ada banyak iklan berlegar di laman sosial dan ini antara iklan yang mungkin boleh ‘menjentik’ hati anda.

1. RHB Chinese New Year 2022 : A Spark For Change

Iklan berdasarkan kisah benar ini sudah mendapat lebih 9 juta tontonan di YouTube.

Kisah benar ini berlaku di perkampungan nelayan di Teluk Intan, membabitkan 10 orang kanak-kanak yang membersihkan kawasan kampung tersebut yang berdepan dengan masalah sampah.

Berkat usaha kanak-kanak itu, mereka berjaya mewujudkan kampung yang lebih bersih, contoh yang perlu diikut semua rakyat Malaysia.



2. Family (Mr DIY)

Iklan yang mendapat jutaan tontonan di YouTube ini mengisahkan tiga orang lelaki, Ah Chong, Azlan dan Ravi membesar bersama di rumah anak yatim, sangat rapat dan menjadi ‘adik-beradik’.

Guru yang mendidik mereka dipanggil ‘mama’ dan sehingga mereka dewasa, itulah ‘ibu’ buat mereka dan Tahun Baharu Cina diraikan bersama-sama ‘Family’ mereka.

3. WonderFu Fortune (TNB)

Kisah mengenai Aunty Choi yang berasakan dirinya membawa nasib malang sehinggakan tidak mahu menyambut Tahun Baharu Cina kerana tidak mahu orang lain turut bernasib malang.

Begitupun, adakah Aunty Choi benar-benar sentiasa dirundung malang dan adakah dia akan beraya sendirian, tanpa siapa-siapa di sisi?

Semuanya terjawab di akhir video dan tahukah anda, sudah lebih 2 juta orang menontonnya. Jangan terlepas menjadi sebahagian daripadanya untuk tahu penamat kisah Aunty Choi.

4. PETRONAS 366: Hari Ke-32

‘Champion’ iklan perayaan, Petronas pada tahun ini membawa kelainan melalui gaya penceritaan baharu sempena sambutan perayaan dengan mempersembahkan drama 7 episod yang merangkumi semua perayaan utama yang disambut di Malaysia sepanjang tahun.

Drama bersiri bertajuk ‘366’ ini mengisahkan tentang semangat keberanian bersama dalam meneroka peluang baharu di tahun baharu.

‘Hari Ke-32’, episod pertama ‘366’ ini menceritakan kisah Zhi Yi dan perjalanannya dalam membuat pilihan, berdepan dengan kisah silam, sambil meneruskan perjalanan hidupnya.

5. Lion’s Heart (Shopee)

Di sebalik kemegahan persembahan tarian singa, terselit kisah benar peserta yang mengikut minat mereka.

Disebabkan dedikasi kepada minat, mereka kadangkala terpaksa melupakan sambutan bersama keluarga dan setiap tahun, mereka merindui sambutan dengan insan tersayang.

Iklan ini membawa anda mengikuti kisah Gen yang mengorbankan masa dengan keluarga demi minatnya.

6. Soil for the Soul (Sunway Group)

Diilhamkan dari peristiwa sebenar bagaimana Yvonne, seorang “Pekebun” yang menyertai inisiatif ‘XFarm Sunway’.

Dia mengambil usaha sendiri untuk mendidik orang ramai berkaitan faedah pertanian mampan, membantu masyarakat mencapai makna baharu terutamanya dari aspek pertanian.

7. Celcom CNY 2022: With hope, comes prosperity

Kisah tiga orang yang tidak mengenali satu sama lain tapi ‘harapan’ untuk hidup yang lebih baik menyatukan mereka tanpa sedar.

Meskipun berdepan cabaran hidup namun harapan dan semangat yang membuatkan mereka kembali bangkit dan itu semangat dan harapan didambakan rakyat Malaysia ketika ini.

8. Grab CNY 2022: Prepare for HUATEVER

Agak dramatik, seolah-olah ingin berperang, iklan ini mengisahkan sebuah keluarga yang merancang persiapan untuk menyambut tetamu ke rumah pada Tahun Baharu Cina.

Memandangkan tahun-tahun sebelum ini sambutannya agak sederhana, pada tahun ini segala perancangan diatur sebaiknya bagi menantikan kehadiran keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan ke rumah.

Drama tapi menghiburkan!

Selain itu, antara iklan lain yang anda boleh tonton ialah:

Julie’s (The Worst Feng Shui Master), MBSB Bank Berhad (CNY 2022: Keep Roaring), Old Town White Coffee (Make it a prosperous New Year with OLDTOWN), Spritzer Group (ONG-ONG wishes and SUI-SUI dishes) dan Tropicana Corporation Berhad (Hands build a house, but hearts build a home).

Selain itu, turut memeriahkan suasana dengan iklan mereka ialah Digi (The Undivided Heart), Touch ‘n Go eWallet (Hari-HariMau ONG!), IJM Land, Gamuda Land (Key to Happiness), Coway Malaysia (COWAY CNY 2022- “Drink More Water!”) dan Mamee Chef Curry (Luck-Sa).

Tak kira apa perayaan, perpaduan, kasih sayang, saling menghormati sentiasa melingkari, menyatukan rakyat.

Biarlah di atas berbalah, yang penting rakyat di bawah masih terus muhibah, bersatu menjadikan Malaysia lebih gah.-AA

Selamat Tahun Baharu Cina untuk semua yang meraikannya.

8 Iklan Tahun Baharu Cina Yang Perlu Anda Tonton, Tampil Keindahan Perayaan Di Malaysia [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker