Angkara cinta ditolak, wanita dan bapanya maut ditikam
Angkara cinta ditolak, wanita dan bapanya maut ditikam
GEORGETOWN: Seorang wanita dan bapanya maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.
Insiden kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dipercayai berpunca angkara mangsa wanita berusia 30 tahun menolak cinta suspek lelaki berusia 32 tahun.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.
Bapa mangsa berusia 62 tahun yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.
Dua beranak itu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dialami mereka.
Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kes terbabit sebentar nanti.
Angkara cinta ditolak, wanita dan bapanya maut ditikam
Suspek bunuh dua beranak angkara cintanya ditolak didakwa hari ini GEORGETOWN: Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dalam kejadian di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, Khamis lalu akan didakwa hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata lelaki…
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai ditikam abang iparnya dalam kejadian di tempat letak kereta blok perumahan di Taman Pinggiran Batu Caves di sini pada Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, mangsa dipercayai berang selepas suspek mengeluarkan perkataan…
Isteri maut ditikam suami kerana cemburu Seorang wanita mati ditikam suaminya yang dipercayai berpunca daripada rasa cemburu, dalam kejadian di sebuah gerai sayur di Kota Kinabalu, semalam. Pembantu kedai berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia, selepas dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I dalam keadaan parah kira-kira 1.30 tengah hari.…
You must be logged in to post a comment.