2 keluarga ‘hilang’ rumah di pagi Tahun Baharu Cina
2 keluarga ‘hilang’ rumah di pagi Tahun Baharu Cina
Kegembiraan dua keluarga menyambut Tahun Baharu Cina di Taman Permai Jaya, Sibu di Sarawak bertukar duka selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran pada awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu dua lagi kediaman teres dua tingkat di bersebelahan turut mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, bomba menerima panggilan berhubung kebakaran kenderaan di garaj salah sebuah rumah itu pada 1.13 pagi.
Katanya, seramai 28 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sentral Sibu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.
“Sejurus tiba di lokasi, didapati api masih marak dan kebakaran kereta itu sudah merebak ke rumah pemiliknya serta dua lagi rumah bersebelahan.
“Kebakaran itu turut merebak ke rumah keempat namun berjaya dikawal menyebabkan kerosakan rumah terbabit hanya dalam lingkungan 5%,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Tambah beliau, api kemudian marak dan menyambar rumah itu sebelum merebak ke sebuah rumah di sebelah kanan dan kemudiannya melarat ke dua lagi rumah di sebelah kiri.
“Dua rumah yang mengalami kerosakan teruk didiami penghuni berbangsa Cina dengan sebuah daripadanya musnah 70%, sebuah lagi 30% manakala dua lagi rumah yang didiami penghuni Melayu mengalami kerosakan 10% dan 5%.
“Jiran pada mulanya berusaha memadam kebakaran kereta di garaj rumah teres itu menggunakan alat pemadam api jenis debu kering, namun usaha mereka gagal,” katanya.
Menurutnya, semua 25 penghuni empat rumah terbabit sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kebakaran kenderaan itu yang kemudian merebak ke rumah,” katanya. FMT
2 keluarga ‘hilang’ rumah di pagi Tahun Baharu Cina
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
You must be logged in to post a comment.