Bekas Adun Bersatu jangka lebih ramai akan tinggalkan Muhyiddin

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang tidak menolak kemungkinan lebih ramai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri akan meninggalkan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mazlan yang juga bekas Ketua Bahagian Bersatu Tebrau turut mendakwa ramai ahli Bersatu yang sudah keluar parti namun tidak menyatakannya secara rasmi.

“Sudah tentunya (lebih ramai keluar parti). Saya kan bekas Pengerusi Bersatu Johor, saya ada ramai kawan termasuk daripada bahagian Bersatu yang lain.



“Cumanya, saya tidak mahu ia berlaku terlalu drastik. Contohnya, hari ini saya tak beritahu ramai yang saya akan keluar melainkan setiausaha, ahli Jawatankuasa dan ketua cawangan untuk tinggalkan parti.

“Saya jangkakan menjelang penamaan calon nanti, ramai yang akan ikut jejak saya. Sebelum ini pun sudah ramai yang keluar untuk mengikut parti lain seperti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Mazlan membuat sidang akhbar mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Tebrau.

Seramai 23 orang yang terdiri daripada Ketua cawangan dan ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau turut sama mengikut jejak langkahnya.



Ditanya peluang Bersatu pada PRN Johor, Mazlan mengakui kemungkinan berdepan kesukaran.

Katanya, Bersatu dijangka akan menimpa kekalahan sekali gus mengulangi skrip sama dalam PRN Melaka pada November lalu.

“Saya tidak melihat parti yang ada gabungan sedikit mampu untuk membentukkan kerajaan. Itulah yang berlaku di PRN Melaka.

“Saya rasa, nasib Bersatu pada PRN Johor yang akan diadakan kelak pastinya sama pada PRN di Melaka. Ingat hendak menang pilihan raya, perlukan parti kuat,” katanya.



Bekas Adun Bersatu jangka lebih ramai akan tinggalkan Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker