BWI: Ada tuntutan tidak selaras, tidak ikut peraturan – PM

BWI: Ada tuntutan tidak selaras, tidak ikut peraturan – PM

Jawatankuasa Khas Pascabanjir sedang menangani beberapa isu timbul susulan ada tuntutan bantuan banjir yang tidak selaras dan dikesan tidak mengikut peraturan ditetapkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menjelaskan, kelewatan pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) akan diselesaikan selepas isu berkaitan dapat diuruskan.

Beliau berkata, antara isu terbabit ialah ada yang menuntut BWI walaupun tidak layak, manakala bantuan pembelian peralatan elektrik untuk mangsa banjir turut dituntut oleh mereka tidak terkesan secara langsung.

“Ada beberapa isu timbul berhubung BWI apabila kita mengumumkan bahawa mereka yang tidak berpindah tetapi terkesan banjir, boleh diberikan bantuan itu. Ramai yang memohon dan agak meragukan.

“Ada yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi ke rumah saudara-mara. Mereka turut menuntut walaupun tiada kerosakan dan sebagainya.

“Ada pula yang menuntut bantuan peralatan barangan rosak hingga RM2,500 walaupun didapati tiada barang rosak. Misalnya di Selangor, ada yang tinggal di rumah pangsa, hanya tingkat satu ditenggelami banjir tetapi mereka yang di tingkat lima turut membuat tuntutan.

“Oleh itu, ada kelewatan mengagihkan bantuan ini untuk kita mengesahkan tuntutan berkenaan. Alhamdulillah, isu banjir ini selesai dan masalah yang dibangkitkan diuruskan dengan baik,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini. BH

Berita lanjut menyusul

BWI: Ada tuntutan tidak selaras, tidak ikut peraturan – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker