Harga minyak boleh cecah AS$100 setong

LONDON: Harga minyak boleh mencecah AS$100 (RM418.2) tahun ini dan meningkat kepada AS$105 (RM439.11) setong pada 2023 berikutan “defisit yang sangat besar” disebabkan oleh kesan Omicron terhadap permintaan minyak, kata Goldman Sachs minggu ini.

Penganalisis Goldman berkata, disebabkan oleh penggantian gas-ke-minyak, kekurangan bekalan dan permintaan yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku keempat (S4 2021), inventori Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dijangka menurun menjelang musim panas ke paras terendah sejak 2000

Selain itu, kapasiti ganti Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak dan sekutunya (OPEC+) juga dijangka merosot kepada paras rendah dalam sejarah sekitar 1.2 juta tong sehari (bpd).



“Pada $85 (RM355.47)/setong (bbl), pasaran akan kekal pada tahap kritikal, penimbal yang tidak mencukupi berbanding ketidaktentuan permintaan dan bekalan, sehingga 2023,” kata Goldman Sachs dalam satu nota.

Sementara itu, JP Morgan pula menjangkakan penurunan kapasiti tambahan di OPEC+ akan meningkatkan premium risiko dalam harga, dan menyaksikan minyak mencecah AS$125 (RM522.75) setong tahun ini dan AS$150 (RM627.3) setong pada tahun depan.

“Kami melihat pengiktirafan pasaran yang semakin meningkat terhadap kekurangan pelaburan global dalam bekalan,” kata bank itu dalam nota minggu lalu, lapor Reuters.

Dalam pada itu, harga minyak melonjak semalam, apabila ketegangan geopolitik di Eropah Timur dan Asia Barat meningkatkan kebimbangan mengenai prospek bekalan yang sudah ketat, manakala OPEC+ terus bergelut untuk meningkatkan pengeluaran mereka.



Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 87 sen, atau 1.0 peratus kepada AS$88.76 (RM371.44) setong, selepas kerugian 0.6 peratus pada Jumaat lepas.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat (AS) naik 86 sen atau 1.0 peratus kepada AS$86 (RM359.82) setong, setelah jatuh 0.5 peratus pada Jumaat lalu.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah meningkat untuk minggu kelima berturut-turut pada minggu lalu, meningkat 2.0 peratus hampir mencapai tahap tertinggi sejak Oktober 2014.

Setakat ini, harga minyak naik lebih daripada 10 peratus disebabkan kebimbangan terhadap sekatan perjalanan.



Ketua Penganalisis Fujitomi Securities Co. Ltd., Kazuhiko Satio berkata, pelabur kekal optimis disebabkan risiko geopolitik antara Rusia dan Ukraine serta Timur Tengah, manakala OPEC+ terus gagal mencapai sasaran pengeluarannya.

“Jangkaan untuk permintaan minyak yang tinggi di AS pada musim sejuk juga menambah tekanan.

“Menimbulkan kebimbangan gangguan bekalan di Eropah Timur, AS pada Ahad berkata ia mengarahkan pelepasan anggota keluarga kakitangan yang layak dari kedutaanya di Ukraine dan berkata semua rakyat harus mempertimbangkan untuk keluar kerana ancaman tindakan ketenteraan dari Rusia,” katanya. – AGENSI

Harga minyak boleh cecah AS$100 setong




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM



Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker