Pengunjung berkampung di Putrajaya seawal 10 malam, sanggup redah hujan lebat [VIDEO]

Ribuan pengunjung mula berkampung seawal pukul 10 malam tadi bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Segelintir pengunjung mula berkampung seawal pukul 10 malam tadi bagi merasai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ia melibatkan pengunjung khususnya yang menetap di negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Lebih membanggakan, orang ramai juga dilihat terus bersemangat membanjiri pekarangan Dataran Putrajaya meskipun dilanda hujan lebat lewat pagi tadi.

“Kami dari Pulau Pinang, pukul 9 malam kami sampai dan dapat masuk ruang tempat duduk pukul 10.20 malam.



“Pukul 3 pagi, hujan lebat tetapi semua tak berganjak daripada tempat duduk masing-masing. Semua letih tetapi semangat tinggi,” kata @senahnaklalu menerusi video yang dimuat naik di TikTok hari ini.

Sementara itu, satu video dimuat naik @DJNR menunjukkan ada pengunjung turut memasang khemah selain tidur di kaki lima pekarangan terbabit.

“Walaupun hujan lebat, rakyat Malaysia tetap semangat tunggu perarakan Hari Kebangsaan 2023 awal pagi ini,” ujarnya.

Pada masa sama, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya juga dilihat semakin meningkat sejak pukul 4.30 pagi.



Sehubungan itu, rata-rata orang ramai yang tidak berpeluang menyaksikan sambutan terbabit memuji semangat rakyat Malaysia.

“Hebat, teruskan semangat. Selamat Hari Kebangsaan 2023,” ucap Hairi.

“Dahsyat, ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak sambut Hari Kebangsaan,” ujar MazMalik. – KOSMO! ONLINE

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker