Selamba bagi bayi hisap ganja

Selamba bagi bayi hisap ganja

Abuja: Seorang lelaki di Nigeria tergamak memberikan dadah kepada bayi yang tidak tahu apa-apa.

Memetik portal Pilot News, satu rakaman video tular yang dikongsikan pemilik akaun Twitter, @IkeokwuChidozie menunjukkan, seorang lelaki menghisap sejenis dadah dipercayai ganja sebelum berkali-kali menyuakan pada mulut si kecil itu.

Tindakan lelaki itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan lelaki itu tidak berperikemanusiaan kerana menganiaya bayi itu.

Rata-rata netizen termasuk @IkeokwuChidozie, menggesa kerajaan dan pihak berkuasa menangkap lelaki durjana itu dan perakam kejadian itu.

Hantaran video itu turut ditanda dengan akaun Pegawai Perhubungan Awam, Pasukan Polis Nigeria (NPF), Olumuyiwa Adejobi dan Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Dadah Kebangsaan (NDLEA).

Adejobi ketika mengulas penularan video itu berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat terperinci mengenai video itu.

Katanya, pihaknya sedang giat memburu suspek.

“Setiap ibu perlu ambil pengajaran, jangan serahkan anak kepada orang yang salah kerana bukan semua orang boleh jaga bayi,” katanya.

Portal Vanguard melaporkan, polis di seluruh Nigeria juga diarahkan untuk menggunakan teknologi terkini bagi mengesan lelaki itu. HM

Selamba bagi bayi hisap ganja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker