Shahir AF8 bakal akhiri zaman bujang

Shahir AF8 bakal akhiri zaman bujang

JUARA Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan gerangan wanita yang sedang memiliki hatinya ketika ini.

Meskipun diaju dengan sekeping foto menunjukkan seorang wanita yang didakwa teman wanitanya, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, tetap mengunci mulut.



“Kita masih lagi dalam proses, belum ada ikatan. Ye lah, kita bertunang pun belum lagi. Jadi, kita tak mahu menguar-uarkan sesuatu benda yang belum sahih.

“Jadi saya mengambil pendekatan untuk tunggu bila masa yang sesuai untuk berkongsi perkara tersebut,” ujarnya kepada Gempak ketika ditemui selepas program siaran langsung MeLETOP pada Selasa.

Jelas pelantun lagu Aku Yang Berdosa itu lagi, pengalaman cinta lampau yang tidak menjadi membuatkan dia lebih berhati-hati berkongsi perihal jodoh.

“Saya dah ada pengalaman sebelum ni di mana orang gembar-gemburkan jadi kita tak mahu perkara yang sama berulang. Jadi tunggu bila dah betul-betul sah nanti.



“Saya selalu berdoa pada Allah, kalau betul sesiapa sahaja adalah jodoh saya, permudahkanlah.

“Alhamdulillah perkenalan saya dengan dia semuanya nampak dipermudahkan. Persiapan berkahwin pun kita dah mulakan dan setakat ini semuanya nampak lancar, Alhamdulillah,” luahnya lagi.

Terdahulu, hubungan cinta di antara Shahir dan aktres jelita Erra Fazira terputus di tengah jalan dan masing-masing sudah membawa haluan diri. Aw

Shahir AF8 bakal akhiri zaman bujang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker