Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy

Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy

Kalau buat spaghetti ni selalunya asyik menu yang sama je kan. Aglio olio, carbonara dan bolognese. Muak juga kalau rasa yang sama. Sesekali teringin juga nak tukar selera lain. Apa kata jom cuba spaghetti tomyam pedas creamy yang super sedap dikongsikan oleh Shida Ambok ni.

Bahan asas lebih kurang sama je dengan spaghetti lain. Cuma kalau selama ni masak dengan sos spaghetti, kita tukarkan kepada paste tomyam. Sedap sangat rasanya, apatah lagi dibuat kuah lemak berkrim.

Rasa spaghetti ni dah jadi ala-ala melayu. Kalau nak buat over pedas pun boleh dan kena dengan rasa tomyam tu. Buat simple-simple je dah cukup sedap.



Tak perlu masukkan oregano atau apa-apa Italian herbs macam spaghetti lain. Cukup gantikan dengan serai, daun limau purut dan tomato untuk naikkan lagi aromanya.

Nak lebih sedap, boleh juga kalau anda nak masukkan ayam, udang, lala atau bahan tambahan lain. Ikut citarasa masing-masing. Untuk resepi ni, kita buat yang mudah-mudah je. Ini pun dah cukup menyelerakan.

Rasa creamy spaghetti tomyam pedas ni datangnya dari susu full cream yang dijadikan kuahnya. Biasanya masukkan 2 cawan susu untuk hidangan satu paket spaghetti pun dah memadai.

Bahan-bahan:



1 pakat spaghetti
Butter
2 biji bawang holland
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sudu besar paste tomyam
Isi ayam
2 cawan susu full cream
2 biji cili padi
1 biji tomato
4 helai daun limau
Daun bawang

Cara memasak:

1. Mula-mula celurkan spaghetti dengan air mendidih. Kemudian angkat dan ketepikan.

2. Panaskan kuali, dan masukkan butter. Biarkan butter mencair.



3. Kemudian masukkan bawang holland yang dipotong dadu dan juga bawang putih yang dicincang.

4. Tumis sampai warna keperangan dan naik baunya.

5. Masukkan serai yang dipotong.

6. Lepas tu masukkan paste tomyam. Kacau sebati.

7. Kemudian masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Biarkan semua masak sebati.

8. Masukkan susu.

9. Lepas tu masukkan spaghetti yang dah direbus lembut tadi.

10. Taburkan cili padi siap diracik, daun bawang diracik halus, tomato siap dipotong dan juga daun limau.

11. Kacau dan masakkan sekejap.

12. Dah boleh padamkan api.

Sedia dihidangkan buat keluarga. Kalau anda suka pedas, boleh potong lebih sikit cili padi. Rasa spaghetti tomyam ni bergantung juga pada citarasa anda.

Kalau suka tomyam rasa lebih, boleh lebihkan sikit paste nya. Kalau suka creamy lagi, mungkin boleh lebihkan susu. Semua bergantung pada selera anda.

Resepi spaghetti tomyam pedas creamy dari Shida Ambok ni tak masukkan garam dan sebarang perasa lain. Cukup dengan rasanya yang ada. Nanti bolehlah cuba. Pasti anak-anak suka!

Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker