FTX firma dagangan kripto terbesar dunia muflis

FTX firma dagangan kripto terbesar dunia muflis

Firma perdagangan mata wang kripto, FTX mengesahkan terdapat ‘akses tidak dibenarkan’ ke akaunnya beberapa jam selepas syarikat itu memfailkan perlindungan kebankrapan pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Ray berkata, FTX sedang menamatkan khidmat berdagang atau mengeluarkan dana serta mengambil langkah untuk mendapatkan aset pelanggan.



FTX juga katanya sedang menyelaraskan dengan penguatkuasa undang-undang dan pengawal selia.

Jumlah wang yang terbabit masih tidak jelas, tetapi firma analitik Elliptic menganggarkan pada Sabtu bahawa AS$477 juta (RM2.23 bilion) telah hilang daripada pasaran itu.

Sejumlah AS$186 juta (RM867 juta) lagi telah dialihkan keluar daripada akaun FTX, tetapi itu mungkin FTX memindahkan aset ke storan, kata Pengasas Bersama dan Ketua Saintis Elliptic, Tom Robinson.

Penganalisis mata wang kripto tidak menolak kemungkinan mengenai perdebatan yang dibentuk di media sosial tentang sama ada pertukaran itu digodam atau ada orang dalam syarikat telah mencuri dana, tidak dapat ditolak.



FTX adalah salah satu pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia.

Ia sudah pun kekurangan berbilion dolar apabila ia memohon perlindungan muflis pada Jumaat dan CEO dan Pengasasnya, Sam Bankman-Fried meletak jawatan.

Syarikat itu telah menilai asetnya antara AS$10 bilion (RM46.61 bilion) hingga AS$50 bilion (RM233.03 bilion) dan menyenaraikan lebih daripada 130 syarikat gabungan di seluruh dunia, menurut pemfailan kebankrapannya.

Pakar menyatakan semua pihak perlu menunggu dan melihat apa akibatnya kelak.



“Tetapi saya fikir kita akan melihat lebih banyak kesan domino dan ramai orang akan kehilangan wang dan simpanan mereka,” katanya.

FTX berkata, ia memindahkan seberapa banyak aset digital yang boleh dikenal pasti kepada ‘penjaga dompet sejuk’ baharu, yang pada asasnya adalah cara menyimpan aset di luar talian.

“Ia kelihatan seolah-olah penyelesai tidak bertindak pantas cukup untuk menghentikan beberapa jenis penyedutan dana daripada FTX selepas ia memfailkan kebankrapan,” katanya. – AP

FTX firma dagangan kripto terbesar dunia muflis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker