Ratu Pondan, JAIM akan libatkan polis jika penganjur degil

Ratu Pondan, JAIM akan libatkan polis jika penganjur degil

MELAKA – Penganjur malam peragaan acara ‘ratu pondan’ yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini pada Ahad ini gagal hadir memberi penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, di sebalik ketegasan JAIM untuk tidak membenarkan penganjuran acara itu, agensi itu sudah mengenal pasti penganjur majlis berkenaan.



“Penganjur dari luar Melaka itu pun dah dipanggil dan sepatutnya mereka datang bertemu kita emalam namun sehingga ke hari ini masih lagi tidak muncul.

“Tapi kalau mereka datang sekali pun, kita tetap tidak akan benarkan acara itu diadakan demi menjaga kesucian dan kemurnian Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.



Mengulas lanjut, Rahmad berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan lebih tegas terhadap penganjur sekiranya mereka masih berdegil untuk mengadakan acara haram itu secara tertutup.

“Sekiranya masih berlaku penganjuran (tertutup) kita akan buat penguat kuasaan lebih tegas termasuklah melibatkan pihak polis,” katanya.

Minggu lalu, tular tular klip video berdurasi 1 minit 45 saat daripada Exco Pemuda UMNO, Mohd Asyraf Zainal yang mendedahkan poster penganjuran program malam ‘ratu pondan’ itu di sebuah hotel terkemuka di Melaka pada 23 Julai ini.

Menurutnya, acara sama pernah dianjurkan di luar negara termasuk Thailand, namun cuba diadakan secara terbuka di Melaka kali ini selepas beberapa tahun dianjurkan tertutup. MG



Ratu Pondan, JAIM akan libatkan polis jika penganjur degil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker