Bayi 3 bulan maut disyaki tersedak susu, bapa ditahan

Bayi 3 bulan maut disyaki tersedak susu, bapa ditahan

Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bayi berusia tiga bulan meninggal dunia, dipercayai tersedak susu di sebuah rumah di Bukit Gasing, Petaling Jaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki dalam lingkungan 20-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi.



Menurutnya, siasatan awal mendapati individu yang juga bapa kepada mangsa itu telah memberikan susu kepada bayi lelaki tersebut pada 2 petang semalam, sebelum meninggalkan mangsa seorang diri untuk keluar bekerja.

“Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu kembali ke rumah kira-kira dua jam kemudian dan mendapati anaknya tidak bernafas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fakhrudin berkata, mangsa kemudiannya dihantar oleh bapanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira 4.20 petang, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca kematian mangsa.



Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (A) Akta Kanan-kanak 2001 dan lelaki berkenaan ditahan reman empat hari sehingga 13 April ini. FMT

Bayi 3 bulan maut disyaki tersedak susu, bapa ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker