Lelaki Hidup Dengan Jantung Babi Pernah Disabit Kesalahan, Tikam Mangsa Hingga Lumpuh
Lelaki Hidup Dengan Jantung Babi Pernah Disabit Kesalahan, Tikam Mangsa Hingga Lumpuh
SEORANG lelaki yang menjadi manusia pertama hidup menerusi pemindahan jantung babi, pernah menikam seorang lelaki tujuh kali sehingga menyebabkan mangsa lumpuh.
Perkara itu didedahkan oleh keluarga mangsa.
Bercakap kepada rancangan Radio 4’s Today, kakak mangsa berkata, David Bennett, 57, disabitkan atas kesalahan menikam
adiknya, Edward Shumaker pada 1988.
Leslie Shumaker Downey berkata, adiknya meninggal dunia pada 2007 selepas hampir dua dekad mengalami komplikasi perubatan yang dikaitkan dengan serangan itu.
Dia mendakwa Bennett tidak layak menjadi penerima menerusi pembedahan perintis tersebut.
Bagaimanapun, pasukan yang menjalankan pembedahan itu menjelaskan bahawa rekod jenayah seseorang bukan faktor untuk menolak rawatan mereka.
Menurut Downey, serangan itu berlaku pada April 1988 apabila isteri Bennett duduk di pangkuan Shumaker, yang berusia 22 tahun, kata Downey.
Downey berkata, serangan berlaku pada April 1988 apabila isteri Bennett duduk di pangkuan Shumaker, yang ketika itu berusia 22 tahun.
Berang kerana cemburu, Bennett bertindak menikam belakang Shumaker berulang kali.
Bennett didapati bersalah atas perbuatan itu termasuk kesalahan menggunakan senjata, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Downey berkata, tiada pihak menghubunginya mengenai Bennett menerima jantung babi, dan hanya mendengar berita itu menerusi mesej yang dihantar anak perempuannya.
Bennett semakin pulih selepas pembedahan eksperimen selama tujuh jam di Baltimore.
Pemindahan tersebut dianggap sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan nyawa Bennett, walaupun masih belum jelas apakah peluang jangka panjangnya untuk terus hidup.
Namun kata Downey, dia tidak percaya Bennett layak menerima jantung itu. – Daily Mail
Lelaki Hidup Dengan Jantung Babi Pernah Disabit Kesalahan, Tikam Mangsa Hingga Lumpuh
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Normala Samsudin tidak peduli ibu di kampung?
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran
- Lembu terputus kepala dibaham harimau
- Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
- Nak beraya, ambil dos penggalak
- Scha Alyahya nak pulun habis
- Dahulu takut, kini Erra jatuh cinta
- Penghijrahan ke Malaysia sesuatu yang cukup bermakna – Zakir Naik
- Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8
- Ada nak lamar Rohana
- Penggal kepala ibu, suspek pernah dipenjara ugut ibu
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
You must be logged in to post a comment.