‘Menteri Pasola’ didenda RM6,000 jual gambar lucah RM100

‘Menteri Pasola’ didenda RM6,000 jual gambar lucah RM100

Mahkamah Sesyen di sini semalam mengenakan denda RM6,000 terhadap seorang jurutera yang mengaku bersalah menjual gambar lucah seorang wanita dengan harga RM100 melalui aplikasi Telegram, dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin mendenda Mohd. Azri Zahari, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Denda itu kemudian dijelaskan.



Mengikut pertuduhan, OKS melalui aplikasi Telegram yang menggunakan nama `Menteri Pasola’ didakwa secara sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial iaitu menjual gambar lucah kepada seorang lelaki.

Gambar lucah itu kemudian dilihat pada 4 Mac 2019 pukul 8.21 malam di sebuah rumah di Bandar Sunway di sini.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.



Terdahulu, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili OKS memohon mahkamah menjatuhkan denda minimum dengan alasan OKS insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

“OKS yang juga seorang duda bekerja sebagai jurutera dan merupakan penanggung utama keluarga. Dia memilih mengaku bersalah kerana mahu menjimatkan masa mahkamah,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Nazrul Hizam Mohd. Zameri memohon mahkamah mengenakan denda setimpal terhadapnya.

Pendakwa memohon mahkamah mengambil kira faktor OKS menjual gambar lucah dengan harga RM100 seolah-olah menjual harga diri mangsa. Utusan



‘Menteri Pasola’ didenda RM6,000 jual gambar lucah RM100


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad



Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker