Benarkan saf dirapat tindakan popular tapi tak bijak – Aswaja

Sebaran :

Benarkan saf dirapat tindakan popular tapi tak bijak – Aswaja

Keputusan Perlis membenarkan saf solat berjemaah di masjid dirapatkan merupakan tindakan popular, tetapi ia bukanlah satu langkah yang bijak, kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam keadaan penularan wabak Covid-19 masih berleluasa, ditambah lagi dengan kehadiran varian Covid-19 seperti Omicron dan terbaru – Deltacron.

Tambahnya, pihak berkuasa agama di negeri itu perlu bertanggungjawab sekiranya penularan Covid-19 tidak dapat dikawal kesan daripada langkah berkenaan.



“Tindakan Perlis itu dilihat popular tapi tak membantu kerajaan untuk mengawal penularan wabak Covid-19. Apabila mereka ambil tindakan begitu, memang popular. Itu yang mereka nak pun.

“Tetapi mereka harus membayar dengan harga yang mahal. Maknanya mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya bila mana ada penularan atau jangkitan Omicron atau Deltacron ni.

“Mereka tak boleh nak salahkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) atau MKN (Majlis Keselamatan Negara) kerana pihak berkuasa agama negeri dilihat memandai-mandai buat keputusan secara solo,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas lanjut, dia berkata walaupun purata kes jangkitan di Perlis adalah kecil, tetapi perlu diingat bahawa penularan wabak Covid-19 boleh berlaku pada bila-bila masa.



Untuk rekod, KKM menetapkan 1 meter penjarakan fizikal bagi saf solat jemaah bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Baru-baru ini Perlis telah memutuskan untuk kembali merapatkan saf solat jemaah yang berkuatkuasa sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun SOP kebenaran merapatkan saf solat berjemaah di masjid itu menyatakan bahawa kebenaran itu hanya tertakluk kepada masjid dan tidak termasuk kepada surau atau tempat solat umum.

Ambil kira semua pandangan



Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pematuhan SOP lain seperti melarang sebarang kontak fizikal seperti bersalaman masih dikekalkan.

Pada masa sama, baginda bertitah hanya jemaah yang lengkap suntikan dos dan mereka yang tidak mempunyai gejala Covid-19 dibenarkan hadir.

Sementara itu, Johor pula mengurangkan penjarakan fizikal kepada setengah meter.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata keputusan penjarakan saf solat bukan ‘saja-saja’ dibuat oleh kerajaan.

Sebaliknya ia diputuskan pihak berkuasa agama negeri setelah mengambil kira pandangan termasuk KKM dan ulama ketika negara masih berdepan ancaman Covid-19.

Idris berkata adalah menjadi hasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah di Malaysia namun akur dan menghormati keputusan bidang kuasa agama negeri-negeri dengan mengambil kira situasi semasa.

Mengulas mengenai langkah negeri Johor yang mengurangkan penjarakan fizikal saf solat jemaahnya, Zamihan berpandangan ia masih boleh diterima kerana masih terdapat ruang penjarakan ketika solat berjemaah.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua negeri itu sewajarnya mematuhi keputusan kerajaan persekutuan berkaitan isu SOP memandangkan ia melibatkan isu kesihatan serta keselamatan, dan bukan sekadar isu agama.

“Tindakan kedua-dua negeri ini boleh dibatalkan dengan keputusan sepakat daripada KKM dan MKN.

“Kita sepatutnya seia sekata dalam membuat SOP dan perlu dipatuhi oleh semua negeri,” katanya. Mk

Benarkan saf dirapat tindakan popular tapi tak bijak – Aswaja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.