Model maki polis trafik, tidak puas hati kerana disaman

Seorang model wanita menghambur kata-kata kesat kepada polis selepas tidak berpuas hati kerana disaman atas kesalahan lalu lintas ketika memandu di Jalan Tun Sambathan di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian itu telah tular menerusi satu klip video di aplikasi Tiktok memaparkan perbuatan wanita terbabit yang melakukan provokasi dan menjerit dengan kata kesat kepada dua anggota polis yang sedang bertugas.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 3.40 petang, Isnin lalu.



“Siasatan mendapati wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak puas hati kerana disaman dengan kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kejadian itu dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehingga kini, video terbabit masih boleh diakses serta mempunyai 274 perkongsian di Facebook dan 5,414 perkongsian di Tiktok.



Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker