Pergelangan kaki hampir putus ditetak penyamun bertopeng

Pergelangan kaki hampir putus ditetak penyamun bertopeng

Pergelangan kaki seorang lelaki hampir putus apabila ditetak dengan sebilah parang oleh lelaki bertopeng dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Bunut Rendang, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

Dalam kejadian 2.20 petang, mangsa berusia 27 tahun turut luka di bahu dan belakang badan sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.



Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, berkata siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakannya dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Katanya, ketika itu mereka didatangi seorang lelaki bertopeng, berpakaian hitam dan bersarung tangan yang bersenjatakan parang.

“Suspek bertindak masuk ke dalam rumah dan menetak mangsa sebelum mengambil telefon pintar termasuk barangan berharga miliknya.

“Semasa suspek keluar dari rumah, jiran mangsa yang berada di hadapan rumah melihat kejadian tersebut sebelum lelaki itu mengacukan sepucuk pistol ke arahnya,” katanya menurut laporan Kosmo.



Shafien berkata, suspek kemudian turut mengarahkan jiran yang merupakan seorang lelaki masuk ke rumah mangsa sebelum penyamun itu melarikan diri dengan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza.

Katanya, jiran mangsa terus menghubungi polis selepas kejadian itu dan rakannya membuat laporan pada hari sama.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut. Polis kini giat mengesan suspek yang mencederakan mangsa,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. FMT

Pergelangan kaki hampir putus ditetak penyamun bertopeng




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker