Mayat bayi perempuan ditemui di Flat Danau Kota

Sebaran :

Mayat bayi perempuan ditemui di Flat Danau Kota

Mayat bayi perempuan berusia sehari ditemui beralaskan papan di atas rumput berhampiran kawasan rumah pangsa di Setapak, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bayi itu berhampiran Blok A Flat Danau Kota, Jalan 3/23D Danau Kota, Setapak.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Ashari Abu Samah, berkata berdasarkan maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Wangsa Maju menjalankan siasatan di tempat kejadian.



“Hasil penemuan di tempat kejadian mendapati mayat yang dijumpai dipercayai berumur sehari, jantina perempuan dan bangsa tidak pasti.

“Mayat bayi tersebut telah dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran iaitu membuang mayat dengan sulit.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03 92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03 21159999 atau balai polis berhampiran,” katanya.
FMT



Mayat bayi perempuan ditemui di Flat Danau Kota


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *