Pemandu e-hailing maut dipukul enam lelaki

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing maut selepas dipukul oleh enam orang lelaki berikutan perselisihan faham membabitkan teman wanita mangsa di sebuah kelab malam, di sini pada 28 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek mengekori kekasih mangsa yang merupakan seorang warga asing berusia 40 tahun semasa mangsa datang ke kelab tersebut untuk mengambil wanita berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak memukul mangsa beramai-ramai sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada 30 Disember.

“Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati semasa pengadu wanita berkenaan bersama dengan mangsa di dalam kereta di parkir pusat hiburan itu mereka didatangi enam lelaki warga tempatan.

“Suspek membuka pintu kereta sebelum menarik keluar mangsa dan terus memukul sehingga mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala sebelum tidak sedarkan diri.

“Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan parah di kepala,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, polis Sentul dengan kerjasama pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah memberkas enam lelaki tempatan dalam tempoh enam hari bermula 1 Januari lalu.

“Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun itu diberkas di Lembah Klang, Johor dan Perak.

“Semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan,” ujarnya.

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pemandu e-hailing maut dipukul enam lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tak perlu kebenaran eksekutif untuk siasat Azam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker