Haid sedikit lambat selepas vaksinas

Sebaran :

KAJIAN mendapati kitaran haid wanita yang divaksinasi mengalami sedikit kelewatan. – AFP

WASHINGTON – Wanita yang divaksinasi terhadap Covid-19 menyaksikan sedikit kelewatan dalam haid iaitu hampir sehari berbanding mereka yang tidak mendapat pelalian, demikian menurut satu kajian dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam.

Kajian yang dilakukan terhadap hampir 4,000 individu dan disiarkan dalam jurnal Obstetrics & Gynecology itu bagaimanapun menyatakan, tempoh datang bulan pada wanita tidak terjejas.

Pengarang utama kajian itu, Alison Edelman memberitahu agensi berita AFP bahawa kesan yang berlaku adalah kecil dan bersifat sementara, namun mengesahkan pengalaman sedemikian oleh sebilangan wanita sebelum ini,

Kajian itu juga membantu menangani maklumat salah mengenai topik tersebut oleh golongan antivaksin yang berleluasa di media sosial.



Peningkatan dalam jarak kitaran haid itu adalah tidak signifikan. Ia berikutan sebarang perubahan kurang daripada lapan hari adalah diklasifikasikan sebagai normal oleh Persekutuan Ginekologi dan Obstetrik Antarabangsa.

Kitaran haid biasanya adalah sekitar 28 hari, bagaimanapun tempoh sebenar adalah berbeza dalam kalangan wanita dan juga sepanjang hayat seseorang wanita. Kitaran haid juga berubah sekiranya seseorang wanita berada dalam keadaan tertekan.

Dalam kajian mereka, pasukan penyelidik berkenaan menganalisis  data responden yang tidak didedahkan identi mereka menggunakan aplikasi kesuburan dalam kalanganwanita berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Sekitar 2,400 responden sudah menerima vaksinasi, manakala 1,500 yang lain tidak mendapat pelalian. – AFP



Haid sedikit lambat selepas vaksinas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *