Bukan tangkap basah – Ruhainies

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Pelakon sensasi, Ruhainies menegaskan, kontroversi mengaitkan dirinya bersama artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz sejak kelmarin bukan disebabkan isu ‘tangkap basah’ seperti diperkatakan ramai.

Melalui entri dalam Instagram Story (IGs), Ruhainies kesal terdapat laporan daripada portal media tempatan yang menggunakan tajuk, ‘Masih Tiada Penjelasan Lanjut, Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah’.



Justeru, pelakon berusia 32 tahun itu berharap semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan.

30 minit saja dalam kondo – Ruhainies

“Ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam ‘content’ supaya tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.



“Ia sama sekali ‘bukan tangkap basah’. Sehingga kini, saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan dalam media bukanlah kenyataan daripada saya dan tidak tepat,” tulisnya.

Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia berharap tiada lagi artikel yang boleh mengundang provokasi sehingga satu kenyataan rasmi berhubung dakwaan ditangkap khalwat bersama Aliff dikeluarkan.

“Saya mohon media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab,” tulisnya.



Kelmarin, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, awal pagi.

Sumber dilapor berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Menurutnya, pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Melalui hantaran IGs, Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz, 33, dilapor mendakwa laporan dirinya ditahan anggota penguat kuasa JAWI ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.



Kedua-dua pelakon terbabit juga berjanji akan memberi penjelasan lanjut berhubung kontroversi itu seperti yang dimuat naik di IGs. BH

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker