Rakyat Amerika Syarikat Sangat Degil

Rakyat Amerika Syarikat Sangat Degil

WASHINGTON – Berjuta-juta warga Amerika Syarikat (AS) melakukan perjalanan beberapa hari menjelang Krismas walaupun jangkitan Covid-19 akibat varian Omicron kini mengatasi varian Delta dengan hospital-hospital tiada lagi ruang untuk menampung pesakit.

Sebilangan mereka berdepan masalah semalam selepas syarikat penerbangan utama, United Airlines menyatakan bahawa pihaknya telah membatalkan kira-kira 120 penerbangan pada petang menjelang Hari Krismas ketika AS mencatat lonjakan kes Omicron.



“Berdasarkan situasi semasa, kami kesal kerana terpaksa membatalkan sejumlah penerbangan. Kami juga telah memaklumkan perkara itu lebih awal kepada pelanggan kami,” kata pejabat perhubungan awam United Airlines dalam satu kenyataan kelmarin.

Sementara itu, kekurangan kit ujian kendiri memburukkan lagi situasi di AS dengan temu janji untuk ujian saringan di farmasi di bandar-bandar utama habis ditempah, manakala hospital-hospital kerajaan pula sudah penuh.

Presiden Joe Biden berjanji pada minggu ini untuk mendirikan lebih banyak tempat ujian saringan dan mengagihkan lebih 500 juta kit ujian kendiri bermula Januari 2022.

Sementara itu, di sebuah lokasi ujian saringan yang baru dibuka di Travers Park, orang ramai dilihat beratur panjang sambil memakai pakaian tebal untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk.



“Saya merancang untuk menemui keluarga saya tetapi saya tetapi saya mungkin positif Covid-19,” kata penduduk setempat, Maria Felix ketika menunggu keputusan ujian saringannya.

Persatuan Automobil Amerika menganggarkan seramai 109 juta orang akan melakukan perjalan dengan menggunakan jalan raya, menaiki pesawat atau pengangkutan lain melibatkan perjalanan sejauh 80 kilometer atau lebih jauh antara 23 Disember hingga 2 Januari depan – AFP

Rakyat Amerika Syarikat Sangat Degil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker