Penceraian Pemerintah Dubai RM3 bilion

Sebaran :

Penceraian Pemerintah Dubai RM3 bilion

Dubai: Sebuah mahkamah di London memerintahkan Pemerintah Dubai untuk membayar kira-kira 550 juta Pound Sterling (kira-kira RM3.06 bilion) sebagai penyelesaian kes perceraiannya.

Ia perlu dibayar kepada bekas isteri dan dua anaknya.

Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum diperintahkan membayar Puteri Haya Al Hussein yang juga adik-beradik kandung kepada Raja Jordan Abdullah II, sebanyak 251.5 juta Pound Sterling (kira-kira RM1.4 bilion) secara sekali gus.



Selain itu, beliau perlu menyediakan jaminan bank sebanyak 290 juta Pound Sterling (kira-kira RM1.61 bilion) untuk menampung nafkah anak-anak dan kos khidmat keselamatan mereka sebagai orang dewasa.

Pemerintah Dubai yang berusia 72 tahun itu berdepan kes perbicaraan yang panjang dengan bekas isterinya berusia 47 tahun.

Wanita itu tinggal di London bersama dua anak mereka, berusia 13 dan sembilan tahun.

“Keluarga itu memerlukan keselamatan ketat.



“Ancaman utama yang mereka hadapi adalah daripada Sheikh Mohammed sendiri,” kata hakim.

Kes Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa Sheikh Mohammed membenarkan penggunaan perisian pengintipan menggodam telefon bekas isterinya, dan dua anaknya pulang secara paksa ke Dubai.

Hakim Moor berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati kekayaan luar biasa dan taraf hidup luar biasa yang dinikmati oleh kanak-kanak ini, semasa perkahwinan.

Jurucakap Sheikh Mohammed berkata, pemerintah Dubai selalu memastikan keperluan anaknya mencukupi dan mahkamah membuat keputusan mengenai kewangan, jadi dia tidak berhasrat untuk mengulas lanjut.



Sheikh Mohammed yang tidak hadir ke mahkamah berkata, sebelum berpisah, beliau sudah membayar elaun anak-anak bernilai 18 juta Pound Sterling (kira-kira RM100.46 juta) setiap tahun, 83 juta Pound Sterling (kira-kira RM463.2 juta) bagi perbelanjaan isi rumah dan sembilan juta Pound Sterling untuk perbelanjaan peribadi isterinya ketika itu.

Beliau juga menghentikan pembayaran terus kepada Puteri Haya apabila wanita berkenaan berlepas ke London, dan hakim berkata, wanita itu sudah menjual barang kemas, beg tangan dan kuda bernilai 15 juta Pound Sterling (kira-kira RM83.7 juta).

Beliau menyerahkan perbelanjaan sara hidup kepada mahkamah yang menunjukkan perbelanjaan tahunan lebih daripada 14 juta Pound Sterling (kira-kira RM78.3 juga).-HM /NDTV

Penceraian Pemerintah Dubai RM3 bilion

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.