Empat kes Omicron dikesan di Sarawak termasuk jangkitan tempatan

Empat kes Omicron dikesan di Sarawak termasuk jangkitan tempatan

Sebanyak empat kes B. 1.1.1.529 atau varian Omicron COVID-19 dilaporkan dikesan di Sarawak.

Menurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) Profesor Dr David Pereira, dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan telah menjalani ujian calitan pada 19 Disember.



Memetik laporan Utusan Borneo pada Jumaat, satu lagi kes membabitkan seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai pulang dari United Kingdom dan telah menjalani calitan ujian COVID-19 pada 14 Disember lalu.
Dr Pereira dipetik sebagai berkata, dua kes lagi dikesan di Kuching.

“Satu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom. Dia menjalani ujian calitan pada 22 Disember manakala kes satu lagi ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, menunjukkan kemungkinan penularan tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, SOP kesihatan perlu dipatuhi dengan ketat dan perhimpunan komuniti patut dielakkan jika boleh untuk mengelakkan penularan komuniti.

“Orang ramai perlu segera mendapatkan suntikan penggalak mereka jika mereka belum berbuat demikian,” kata Dr Pereira.

Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa penggalak adalah perlu untuk meningkatkan penurunan paras antibodi yang meneutralkan untuk melindungi daripada jangkitan Omicron, tambahnya.-AA



Empat kes Omicron dikesan di Sarawak termasuk jangkitan tempatan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker