Kisah Nu’ayman membuat Rasulullah s.a.w. ketawa berpanjangan

Kisah Nu’ayman membuat Rasulullah s.a.w. ketawa berpanjangan

Ingat kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang sering mabuk ketika bertemu dengan Baginda? Dan, Rasulullah s.a.w. akan memukulnya apabila dia datang dalam keadaan mabuk.

Pernah suatu ketika Umar mengeluarkan kata-kata makian kerana kecewa dengan sikap sahabat itu. Tidak pernah berubah walaupun setiap kali datang kepada Rasulullah s.a.w. pasti akan dihukum oleh Rasulullah s.a.w., dia tetap mabuk.



Sebaliknya Rasulullah s.a.w. menegur Umar,

”Jangan kamu memaki dia wahai Umar. Sesungguhnya dia amat mencintai Allah dan Pesuruh-Nya.”

Wow! Hebatnya sahabat itu diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. sebagai seorang yang mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w.. Siapa sahabat itu?

Namanya Nu’ayman Ibn Amr daripada kabilah Al-Najjar kaum Ansar Madinah. Nu’ayman memiliki karakter yang cukup menarik, penuh dengan sifat lucu dan kelakar sepanjang sejarah sahabat.



Dia juga ahli Badr, turut sama berperang semasa Uhud, Khandaq dan kebanyakan perang bersama Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan adik Abdul Rahman bin Auf.

Kita bukan bercerita tentang seseorang yang datang sekali sekala dalam hidup Rasulullah s.a.w. tetapi sahabat yang sentiasa bersama Rasulullah s.a.w.. Ada satu sifat istimewa Nu’ayman yang tidak ada sahabat mampu menandinginya, suka membuat lawak dengan Rasulullah s.a.w. dan sahabat. Rasulullah s.a.w. tidak pernah marah dan selalu menghargai usahanya.

Kisah 1

Suatu hari ada sebuah kabilah datang dari luar Madinah untuk berurus niaga. Bersama kabilah itu dibawa buah-buahan eksotik yang mahal. Lalu Nu’ayman mengambil buah itu untuk dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w.



“Aku akan bayar kamu kemudian. Ini adalah hutang, Insya-Allah aku akan bayar kamu kemudian,” janji Nu’ayman.

Lalu, Nu’ayman membawa buah itu sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w., dan Baginda makan. Ternyata Rasulullah s.a.w. senang dengan hadiah daripada Nu’ayman dan menikmatinya .

Apabila penjual buah datang menuntut hutang pada Nu’ayman lalu dia berkata, “Aku tidak memakannya. Pesuruh Allah yang makan buah itu, kamu harus pergi kepadanya dan tuntut bayaran daripadanya.”

Kemudian, lelaki itu menuju ke rumah Rasulullah s.a.w.,



“Kami mahukan duit bagi buah yang telah kamu makan.” Rasulullah s.a.w. berkata, “Apa yang kamu cakap? Buah itu diberi kepada ku sebagai hadiah.” Lelaki itu berkata lagi, “Kami mahukan duit bagi buah itu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. memanggil Nu’ayman dan bertanya, “Nu’ayman, bukankah kamu kata buah itu adalah hadiah daripada kamu.” Nu’ayman menjawab, “Wahai Rasulullah s.a.w., saya mahu anda menikmatinya dan saya mahu anda menjadi orang pertama merasa buah tersebut kerana anda memang layak tapi saya tidak ada duit untuk membayarnya. Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah engkau membayarnya?”

Rasulullah s.a.w. ketawa dan menjelaskan harga buah-buahan yang telah dihadiahkan Nu’ayman.

Kisah 2



Rasulullah s.a.w. didatangi seorang lelaki Badwi. Sebelum bertemu Rasulullah s.a.w., lelaki itu menambat tali untanya di luar rumah Rasulullah s.a.w.. Sahabat tahu Nu’ayman memang suka mengusik jadi mereka sengaja mahu menarik perhatiannya.

“Wahai Nu’ayman cuba kamu lihat itu! Ada seekor unta di hadapan rumah Rasulullah s.a.w.”

Lalu Nu’ayman melihat ke arah rumah Rasulullah s.a.w., ada seekor unta. Dia membuka tambatan unta itu dan membawanya jauh dari rumah Rasulullah s.a.w. untuk disembelih. Nu’ayman melakukan itu dengan tujuan untuk menjamu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat makan daging unta.

Apabila lelaki Badwi itu keluar dari rumah Rasulullah s.a.w. dan melihat untanya tidak ada dia mula menjerit, “Mana unta aku? Mana unta aku?”



Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepada para sahabat. Lalu sahabat menjawab, “Nu’ayman telah mengambil dan menyembelihnya.”

Sahabat menunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. tempat Nu’ayman bersembunyi di dalam longkang dan menutup seluruh badannya dengan kotoran serta pelepah kurma. Rasulullah s.a.w. ke tempat persembunyian Nu’ayman dan menariknya keluar dari debu dan kotoran. Seluruh badannya hingga muka dipenuhi debu. Melihatkan keadaan Nu’ayman yang demikian lantas meletus ketawa Rasulullah s.a.w..

Akhirnya Rasulullah s.a.w. membayar harga unta itu dengan nilai yang lebih tinggi kepada Badwi. Baginda amat menghargai apa yang dilakukan Nu’ayman, jenaka yang dilakukan sering menarik perhatian dan melahirkan gelak tawa sahabat. Wallahu a’lam Utv

Kisah Nu’ayman membuat Rasulullah s.a.w. ketawa berpanjangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker