"Ini Semua Salah Saya"-Skandal Perceraian, Kerjaya Leehom Di China Dikatakan Sudah Berakhir — MYKMU.NET

“Ini Semua Salah Saya”-Skandal Perceraian, Kerjaya Leehom Di China Dikatakan Sudah Berakhir

Sebaran :

“Ini Semua Salah Saya”-Skandal Perceraian, Kerjaya Leehom Di China Dikatakan Sudah Berakhir

BINTANG terkenal Asia, Wang Leehom, yang terlibat dalam skandal perceraian dengan bekas isterinya, Lee Jinglei, mungkin telah memohon maaf tetapi kerjayanya di China dikatakan sudah berakhir.

Penyanyi, pelakon dan komposer itu pada Isnin mengumumkan akan berehat seketika dari dunia hiburan, lapor Global Times China, yang menyelarnya sebagai ‘tidak bermoral’.

“Wang Leehom telah mengumumkan akan berehat sementara, tetapi ini mungkin tidak mencukupi. Artis yang tidak bermoral sepatutnya dibekukan daripada diundang mengadakan persembahan,” lapor portal itu.
Lee, 35, mendakwa Wang, 45, melakukan pelbagai perbuatan keji sepanjang lapan tahun perkahwinan mereka, termasuk melanggan pelacur dan mempunyai hubungan sulit dengan kedua-dua jantina, selain mengabaikan tiga anak mereka.

Susulan skandal itu, empat jenama yang diwakili Wang dilaporkan telah menggugurkan namanya.



Perceraian itu mengakibatkan Wang kehilangan lebih satu pertiga daripada kekayaannya kepada bekas isterinya.

Ditambah pula dengan nafkah yang bakal diterimanya, Lee akan menerima sejumlah NT$1.14 bilion (RM172.4 juta) susulan perceraian mereka, lapor Taiwan News.

Lee merupakan graduan Universiti Princeton dan Universiti Columbia di Amerika Syarikat, dan pernah bertugas sebagai penganalisis di JP Morgan.

Dalam catatan di Instagram, Lee memaklumkan dia melepaskan kerjayanya kerana Wang, yang 10 tahun lebih tua, mahukan ramai anak.

“Saya tidak menyesal dengan keputusan itu, mempunyai tiga anak yang comel adalah ganjaran terbaik untuk saya.



“Tetapi saya kesal kerana dibalas sebegini rupa oleh suami saya, curang dan melanggan pelacur. Hanya kerana saya suri rumah, saya seperti tiada harga dan sumbangan kepada keluarga,” kata Lee.

Wang dalam kenyataan balasnya meminta maaf dan mengakui: “Ini semua salah saya”.

“Ini Semua Salah Saya”-Skandal Perceraian, Kerjaya Leehom Di China Dikatakan Sudah Berakhir

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: