Penunggang lawan arus maut dirempuh BMW

Penunggang lawan arus maut dirempuh BMW

ALOR GAJAH: Seorang lelaki menemukan ajal selepas bertindak menunggang motosikal secara melawan arus sehingga dirempuh kereta jenis BMW di Kilometer 219.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, T. Ruthinthiran, 33, disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang membawa motosikal jenis Yamaha Nouvo menunggang secara melawan arus dari arah Simpang Ampat dekat sini menghala ke Seremban, Negeri Sembilan.

“Mangsa menunggang melawan arus di lorong paling kanan dan kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis BMW dari arah Seremban ke Ayer Keroh bertembung dengannya. Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke tengah pembahagi jalan dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, kereta tersebut yang hilang kawalan turut terbabas ke lorong paling kiri.

“Dalam masa sama, sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong tengah gagal mengelak kenderaan tersebut dan berlaku pelanggaran kedua. Pemandu BMW tersebut mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Myvi tersebut tidak cedera,” katanya. Utusan



Penunggang lawan arus maut dirempuh BMW


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker