Pasangan curang diikat pada tiang dan dipukul
Pasangan curang diikat pada tiang dan dipukul
Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita diikat pada sebatang tiang bersama kekasihnya sebelum mereka dipukul selama beberapa jam di khalayak ramai menjadi tular di media sosial India, lapor akhbar Daily Star semalam.
Wanita itu didakwa berlaku curang walaupun sudah beberapa tahun berpisah dengan suaminya.
Kejadian tersebut dirakam di Mysuru, negeri Karnataka pada 25 November lalu.
Dalam rakaman itu, seorang wanita telah diikat pada tiang elektrik bersama kekasihnya dengan orang ramai berkumpul sambil menyaksikan kejadian itu.
Wanita itu dilihat menggigil dan tidak mampu bergerak kerana kedua-dua tangannya diikat.
Menurut akhbar tempatan, India Today, wanita berusia 30 tahun itu telah berpisah dengan suaminya dan tinggal bersama kedua-dua orang tuanya sejak tiga tahun lalu.
Dia kemudiannya menjemput seorang lelaki berusia 24 tahun untuk minum teh di rumahnya sebelum abang dan bekas suaminya datang dan menyerang mereka.
Mereka kemudian diseret ke sebatang tiang elektrik terdekat dan dipukul selama beberapa jam.
Ketua kampung yang mendapat tahu tentang insiden itu kemudiannya masuk campur dan membebaskan pasangan itu.
“Kami telah mendaftarkan kes ini dan siasatan sedang dijalankan,” kata seorang pegawai polis tempatan. K Online
Pasangan curang diikat pada tiang dan dipukul
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.