Lakukan solat hajat, bacaan Yasin malam ini

Lakukan solat hajat, bacaan Yasin malam ini

Umat Islam di seluruh negara diseru mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan buat negara dan seluruh rakyat susulan situasi banjir melanda beberapa buah negeri ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, beliau sudah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas Maghrib hari ini.

Beliau berkata, ia akan diadakan di tiga buah masjid utama di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Saya juga memohon kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Pada malam ini, saya dan anggota agensi hal ehwal Islam akan bersama-sama jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk turut sama mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di seluruh negeri-negeri untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan.

Beliau turut mendoakan agar mangsa-mangsa banjir dan seluruh keluarga, anggota keselamatan, petugas barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan misi bantuan. K Online

Lakukan solat hajat, bacaan Yasin malam ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker