Kasut bola sepak Nike bertumit tinggi

Sebaran :

Kasut bola sepak Nike bertumit tinggi

LONDON – Seorang pereka fesyen dari Jepun, Rei Kawakubo, menghasilkan sepasang kasut sukan bola sepak jenama Nike yang mempunyai tumit tinggi berukuran 7.6 sentimeter, lapor akhbar The Sun semalam.

Kasut sukan diperbuat daripada kulit tersebut kini dijual di sebuah butik fesyen di London, Comme des Garcons, pada harga £475 (RM2,667).

“Jika anda bermain bola sepak dengan memakai kasut tersebut, buku lali anda pasti akan terkehel.



“Harga yang ditawarkan pula bermaksud hanya pemain Liga Perdana mampu untuk membelinya,” kata seorang sumber.

Kasut tersebut menampilkan rekaan kulit dalam warna hitam atau putih serta mempunyai logo Nike pada bahagian tepinya.

Menurut Kawakubo, koleksi Nike Tiempo Premier sebelum ini mula diperkenalkan pada tahun 1992.

“Rekaan moden ini dihasilkan daripada kulit lembut serta didatangkan dalam warna hitam dan putih,” katanya. K Online



Kasut bola sepak Nike bertumit tinggi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *