Bukan muntah ikan paus, penyelidik jelaskan kenapa bau wangi

Sebaran :

Bukan muntah ikan paus, penyelidik jelaskan kenapa bau wangi

MUNTAH ikan paus atau ambergris nilainya memang tinggi dan ia sangatlah sukar untuk ditemui di mana-mana benua sekalipun.

Dan baru-baru ini, muntah ikan paus menjadi topik perbualan di Malaysia susulan dakwaan seorang wanita di Terengganu menemui bahan buruan industri minyak wangi itu.

Namun, setelah melalui analisis makmal Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ketulan yang ditemui wanita berkenaan ketika memancing di Marang itu bukanlah muntah ikan paus.



Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya telah mengambil sampel ketulan tersebut daripada wanita itu pada 15 Disember lalu untuk dikaji oleh penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang dan UMT.

Bagaimanapun, katanya, analisis mendapati bahawa objek tersebut bukan muntah ikan paus kerana tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif iaitu ‘ambrein’, ‘epicoprosterol’ dan ‘coprostanone’ di dalamnya.

“Sebaliknya, kandungan yang dijumpai pada sampel itu mendapati ia terbentuk daripada pengumpulan bahan organik seperti asid lemak lalu membentuk ketulan sedikit berfiber (berserabut).

“Secara saintifiknya, peratusan terbanyak yang terkandung di dalam ketulan tersebut ialah Pyrazole (94.56 peratus) dan Pyrrole (3.34 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.



Pada 14 Disember lalu media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai objek yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lepas.

Baca: Rezeki peniaga jumpa muntah ikan paus semasa memancing

Susulan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah berkunjung ke rumah wanita tersebut pada keesokan harinya untuk mengambil sedikit sampel bagi tujuan kajian sama ada ia benar-benar muntah ikan paus atau hanya gumpalan sisa-sisa lain yang dibawa ombak.

Mengulas lanjut, Ruzaidi berkata sebaik sahaja keputusan rasmi dikeluarkan pagi semalam, satu perbincangan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan UMT telah dilaksanakan dan keputusan itu turut disahkan Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Prof Madya Dr Hasrizal Shaari.



“Analisis termal turut dilaksanakan bagi mengetahui takat lebur ketulan yang dijumpai. Melalui analisis tersebut, takat lebur ketulan yang dijumpai adalah 76.04˚C sedangkan takat lebur ambergris tulen ialah 82.32˚C.

“Dakwaan mengatakan ketulan tersebut mengeluarkan bau yang wangi adalah diandaikan daripada bahan 1H-Pyrazole yang terdapat bersama ketulan tersebut dan bahan ini mempunyai salah satu struktur gegelang heterosiklik dan akan mengeluarkan bau atau aroma apabila dibakar,” katanya.

Di Malaysia, hanya UMT satu-satunya universiti yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England. Utv

Bukan muntah ikan paus, penyelidik jelaskan kenapa bau wangi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *