Aksi mesra Ruhainies, Zul Ariffin curi perhatian netizen

Aksi mesra Ruhainies, Zul Ariffin curi perhatian netizen

Pelakon Zul Ariffn dan Ruhainies mencuri perhatian warganet selepas dilihat terlalu bermesraan menerusi beberapa video yang dimuat naik seorang pengguna di platform TikTok.

Menerusi video pendek tersebut, kedua bintang itu dilihat berpegagan tangan dan berpelukan ketika berada di sebuah pusat beli belah di ibu kota.



“Hari ini depa (mereka) lagi sweet lah, auch,” tulis pemilik akaun berkenaan pada ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi berhubung video tersebut, malah ada yang menganggap hubungan rapat mereka itu seperti adik beradik.

“Mungkin anggap macam adik sahaja. Macam Nelly (pelakon Nelydia Senrose) dengan Sharnaaz. Mereka rapat macam adik dan abang,” tulis seorang warganet.

“Kahwin cepat sikit boleh. Sumpah comel,” komen juga seorang pengguna TikTok.



“Betul, kena sporting. Dah macam adik beradik sebab kerana lama sangat bekerjasama di set drama atau filem,” komen lagi seorang warganet.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen dilihat kurang senang dengan video kemesraan selebriti tersebut yang tular di media sosial apatah lagi sebelum ini pelakon itu dilihat mengikuti program kebajikan bersama pendakwah Ustaz Ebit Lew.

Video satu lagi ini dirakam semasa mereka menghadiri sebuah majlis di ibu kota dan dikongikan pengguna TikTok yang sama.

“Hari itu masa ikut Ebit Lew cakap tidak mahu berlakon sentuh-sentuh perempuan lagi. Lupa lah itu,” tulis seorang netizen.



“Sweet ke? Dosa?’ tulis ringkas seorang warganet.

“Saya yang buat dengan ibu kandung pun dikecam apatah lagi orang yang buat kandung media dengan bukan muhrim,” komen lagi seorang netizen. Utusan

Aksi mesra Ruhainies, Zul Ariffin curi perhatian netizen


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker