Monsun Timur Laut, MB Perak batal tugas rasmi di Dubai

Monsun Timur Laut, MB Perak batal tugas rasmi di Dubai

Penduduk di negeri ini terutama di beberapa kawasan diingatkan supaya bersiap sedia dan berwaspada kemungkinan berlaku banjir berikutan ramalan angin Monsun Timur Laut akan melanda mulai 26 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara kawasan yang diramal terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Selama, Kerian dan Manjung.

Menurutnya, kawasan-kawasan itu disenaraikan oleh Jabatan Meteorologi sebagai kawasan yang diramal terjejas akibat angin Monsun Timur Laut yang membawa kesan hujan.

“Mengambil iktibar banjir besar pada tahun 2014, kawasan-kawasan inilah yang memang terkena (banjir). Jadi saya minta Pejabat Daerah dan semua Pegawai Daerah yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah membuat persiapan secukupnya untuk menghadapi kemungkinan banjir.

“Aset dan tenaga kena cukup, jadi jangan dia (pegawai daerah) lepaskan pegawai-pegawai yang berkenaan bercuti, kita kena bersedia,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-37 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lenggong Berhad, di sini hari ini.

Menurut Saarani, berikut bimbang kemungkinan banjir akibat angin Monsun Timur Laut, beliau telah membuat keputusan untuk membatalkan tugas rasmi di Dubai. Utusan

Monsun Timur Laut, MB Perak batal tugas rasmi di Dubai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker