Tanah runtuh di Taman Melawati, Hulu Kelang
Tanah runtuh di Taman Melawati, Hulu Kelang
Polis menerima laporan kejadian tanah runtuh di bahu jalan berdekatan Tahfiz Al-Munawarah, Taman Melawati dan Jalan Bunga Anggerik Dataran Ukay, Hulu Kelang, dekat Ampang malam tadi.
Satu keluarga membabitkan seorang lelaki, seorang wanita dan seorang bayi, selain 12 lelaki pelajar tahfiz yang terkesan tanah runtuh dekat Taman Melawati dipindahkan ke Dewan Kampung Kemensah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata empat anggotanya dengan bantuan lima anggota bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut membuat kawalan serta pemantauan di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihaknya turut mengambil tindakan awal dan giat menyiasat kejadian tanah runtuh di Dataran Ukay.
“Selain itu, kita terima laporan paras air naik dan melimpah di kawasan Kampung Pinggir 3, Lembah Jaya Utara, malam tadi.
“Mangsa terkesan dipindahkan ke Dewan MPAJ, namun jumlahnya belum dipastikan lagi. Empat anggota polis membuat kawalan di kawasan itu dibantu empat anggota bomba dan MPAJ.
“Tiada sebarang penutupan jalan dibuat. Kita juga mendapati jalan di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Baru Ampang dinaiki air tetapi masih boleh dilalui kenderaan,” katanya kepada BH, hari ini.
Tanah runtuh di Taman Melawati, Hulu Kelang
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.