Suami bunuh isteri mahu kahwin lain

Suami bunuh isteri mahu kahwin lain

Gara-gara menyatakan niat untuk berkahwin dengan lelaki lain, seorang wanita di Indonesia dibunuh suaminya dengan cara menekap wajah mangsa menggunakan bantal ketika dia sedang tidur, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Jakarta Timur kelmarin.

Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Budi Sartono berkata, suspek yang dikenali sebagai W, 41, membunuh mangsa, SS, 28, ketika dia sedang tidur sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan).

Pembunuhan itu juga dilakukan beberapa minit selepas mereka melakukan hubungan intim.

“Hasil siasatan mendapati bahawa suspek tidak menerima hasrat mangsa untuk berkahwin dengan lelaki lain.

“Berdasarkan pengakuan, suspek berkata bahawa dia berasa sakit hati apabila mangsa menyuarakan hasratnya itu,” kata Budi.

Kedua-dua mereka dilaporkan telah berumah tangga selama 10 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

“Kami akan menyiasat dengan lebih terperinci mengenai sama ada benar bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa sakit hati suspek atau terdapat motif lain,” tambah Budi.

Sementara itu, hasil bedah siasat mendapati bahawa mangsa meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dan mengalami pendarahan pada bahagian belakang kepala.

Suspek juga dikatakan melemaskan mangsa selama 20 minit di atas katil sehingga dia tidak bernyawa. K Online

Suami bunuh isteri mahu kahwin lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker