MLM2021: Sharnaaz Sang Bara beri nilai low untuk peserta

Sebaran :

MLM2021: Sharnaaz Sang Bara beri nilai low untuk peserta

Teka teki di sebalik suara Sang Bara pada program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) terjawab apabila pelakon Sharnaaz Ahmad muncul pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Selama 10 minggu, Sharnaaz Ahmad yang duduk di kerusi kelima juri program itu memberikan komen dan kritikan yang pedas pada setiap peserta.

Malah, ada ketika komen yang dilemparkan Sang Bara turut ‘bikin panas’ penonton di rumah.



Sharnaaz ketika ditemui selepas program itu berkata, pemilihannya mungkin disebabkan karakter ditunjukkan di laman sosial yang suka cakap lepas.

“Terima kasih pada pihak produksi yang menjemput saya masuk MLM 2021. Saya terima tawaran ini sebab sebelum ini saya ada buat MLM 2016, tapi ia melalui komen di Twitter. Kali ini di belakang watak Sang Bara pula.

“Kenapa saya, mungkin mereka nampak saya jenis cakap lepas tapi bukan main cakap saja. Saya tetap memberikan input. Tapi yang penting beri tambah baik kepada persembahan peserta. Bagi saya ada kumpulan yang dengar nasihat juri dan berikan kelainan. Ia bagus,” katanya.

Dalam masa sama, Sharnaaz menyifatkan MLM 2021 berada pada tahap yang rendah atau lemah.



“Saya ikuti MLM hampir setiap tahun. Sebelum ini okay. Sedihnya tahun ini saya bercakap macam netizen yang mana musim kali ini ‘low’ dari setiap peserta. Saya pun tak tahu kenapa. Kalau dari skala 10, saya bagi 5.35 saja.

“Saya tak suka kumpulan BAHYE nombor empat. Mereka patut di atas lagi. Mereka memberikan peningkatan. Ada inovasi setiap lawak mereka. Pada peringkat akhir pun mereka bertukar. Persembahan pusingan kedua BAHYE sangat bagus. Tak tahu kenapa ia terlambat,” katanya.

Pada pentas akhir MLM 2021, kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini muncul juara sekaligus membawa pulang RM500,000.

Pada awal rancangan Kamal Adli diperkenalkan sebagai Sang Bara. Uqasha yang juga isterinya terkejut tetapi ia hanyalah “drama” daripada MLM.



MLM2021: Sharnaaz Sang Bara beri nilai low untuk peserta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.