Long Tiger lolos, 4 polis disiasat akibat cuai
Long Tiger lolos, 4 polis disiasat akibat cuai
Empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes seorang tahanan lelaki Rohingya digelar Long Tiger, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, kelmarin.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu utama dalam kejadian itu adalah kecuaian.
Beliau berkata, empat anggota polis itu disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan (KK), iaitu penjawat awam dengan cuai menyebabkan orang tahanan lari.
“Polis sudah membuka IP (kertas siasatan) untuk empat anggota itu yang disiasat mengikut Seksyen 223 KK, cuai menyebabkan pembolosan tahanan.
“Kita juga sedang mengambil tindakan susulan. Bukan gantung, bukan tahan kerja,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau mengulas mengenai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, yang diburu polis selepas melarikan diri ketika ditempatkan dalam lokap Mahkamah Majistret Tangkak.
Ditanya adakah suspek masih berada di Johor, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa suspek kini berada di Melaka.
“Long Tiger dari Penjara Sungai Udang. Dibawa untuk tuduhan di Mahkamah Majistret Tangkak. Memang Tangkak dan Melaka bersempadan.
“Itu yang Long Tiger kemungkinan lari ke Melaka…kemungkinan. Sebab itu Ketua Polis Melaka juga sudah buat kenyataan,” katanya. FMT
Long Tiger lolos, 4 polis disiasat akibat cuai
Baca Artikel Menarik :
- Kajian ganja, ketum perlu diluluskan
- Pemandu Honda Civic ‘Koyak’, Lepas Geram Baling Botol Air
- Kenyataan “Allah Makhluk Halus”, Pengasas Kek MamaSab Mohon Maaf
- Lelaki ditembak mati ketika cuba rempuh polis
- Instafamous Indonesia Laura Anna meninggal dunia
- Agnel mengaku ‘main’ dengan anak gadis jurulatih
- Bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dengan Penampilan Tampak Berbeza
- Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk diberi penjelasan isu 5G
- Kumpulan belia bantah pindaan akta berkait SOP Covid-19
- Gangguan bekalan air di 463 kawasan sekitar Lembah Klang
- Sambutan besar-besaran Krismas, Tahun Baharu dilarang
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?
You must be logged in to post a comment.