Zionis enggan lakukan gencatan senjata di Gaza

Zionis enggan lakukan gencatan senjata di Gaza

Israel menegaskan tidak akan ada gencatan senjata dilakukan di Semenanjung Gaza biarpun Amerika Syarikat (AS) dan Qatar berusaha membebaskan lebih 200 tebusan yang ditahan oleh Hamas.

Seorang pegawai kanan Israel memberitahu CNN, pihaknya ‘tidak menyedari’ gesaan AS yang meminta tentera Israel melambatkan operasi serangan darat di Gaza.



“Kami tidak pasti mengenai hal itu (desakan AS), kami hanya mahu semua tebusan dibebaskan dengan selamat dan segera,” katanya.

Namun, pegawai itu memaklumkan, sebarang serangan yang dilakukan terhadap Hamas tidak boleh menjejaskan bantuan kemanusiaan yang disalurkan ke Gaza.

Dalam pada itu, pejuang Hamas dan anggota tentera Isarel bertempur di Gaza.

Pertempuran itu menyaksikan Hamas memusnahkan dua jentolak milik Israel dan sebuah kereta kebal dalam serangan hendap.



Keadaan itu menyebabkan tentera Zionis terpaksa berundur semula ke Israel tanpa kenderaan mereka.

Namun, Israel menafikan perkara tersebut dan memaklumkan, hanya tembakan dilepaskan terhadap pasukan tentera mereka. Utusan

Zionis enggan lakukan gencatan senjata di Gaza

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker