Lelonglah, tak hairan pun – Sajat

Lelonglah, tak hairan pun – Sajat

Usahawan kontroversi, Sajjad atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tidak kisah aset-aset dalam rumahnya di Kota Damansara, di sini, dilelong hari ini.

Menerusi satu sesi Live, Sajjad, 36, berkata, apa yang penting dia kini mahu meneruskan kehidupan baharunya di Australia



“Saya tak ada di sana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu.

Sebagai manusia pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti.

“Syukur saya dapat melihat semua ini ketika saya masih hidup cuma saya tidak menetap di sana. Bagi saya, saya dah mati di Malaysia. Tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana,” katanya.

Tambah Sajjad lagi, dia tidak bersedih dengan keputusan tersebut.



Katanya, apa yang membuatkan dia menangis apabila rindukan kedua anak angkatnya.

“Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan. Saya bersyukur apa yang berlaku.

“Tak payah nak sedih-sedih benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, duit kami yang kena lelong tu.

“Kami teriak sebab kami rindu suasana Malaysia dan rindu anak-anak. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jadi penduduk tetap di sini, kenapa nak sedih eh?” katanya. MG



Lelonglah, tak hairan pun – Sajat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?



Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker